Isnin, 2 Februari 2015

3 Tempat Istimewa di Dunia.

Bila nak cerita pasal tempat istimewa ni, pastinya diantara kita mempunyai banyak pendapat yang berbeza. Walaubagaimana pun, bagi mengisi masa lapang hari ni, mari baca tentang 3 tempat istimewa yang ada di dunia ni.


Blood Falls, Antartica

Dah nama tempat pun menggambarkan apa yang terdapat disitu. Jadi tak payah la ye nak terang detail sangat ye tak. Macam ni, tempat yang dinamakan Blood Falls ni merupakan satu kawasan di Antartika yang mengalirkan cecair berwarna merah. Ada pendapat penyelidik menyatakan, keadaan ini berpunca daripada kandungan Iron yang tinggi bagi sumber air bawah tanah. Ada pula yang menyatakan, terdapat mikroorganisma yang hidup 1300 kaki dibawah permukaan yang menyebabkan fenomena ini.



Bukit Magnet (Magnetic Hill), New Brunswick

Sekali lagi, nama sudah menggambarkan segalanya. Bukit Magnet memang boleh jadi tempat nak main-main la kot. Sebabnya kalau kereta yang menuruni bukit ini mematikan enjin dan jangan gunakan brek, kereta tersebut akan berpatah balik mendaki bukit.




Surtsey, Iceland

Pulau yang muncul pada tahun 1967 kesan daripada letusan gunung berapi bawah lautan yang berlaku pada tahun 1963. Lama jugak letusan tu, hasilnya sebuah pulau.

 
 
 
 

Sabtu, 18 Ogos 2012

Apa nak jadi ni...

Serangan ke atas bas awam yang berlaku di Ipoh. Alhamdulillah, tiada yang tercedera atau terkorban dalam kejadian yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku di Malaysia.

Kebakaran rumah kedai tinggal di Ipoh

Kebakaran yang berlaku pada petang hari yang hampir memusnahkan dua buah kereta baru...alhamdulillah tiada yang kehilangan nyawa. Tahniah atas kecekapan pihak Bomba yang pantas mengawal kebakaran dari terus merebak.